NA`IM JUSRI

Bagi memberi laluan kepada pimpinan lebih baik, Ketua Cabang PKR Muar, Naim Jusri mengesahkan peletakan jawatan sebagai Naib Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Muar pada 2019.

Naim yang juga Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor membuat keputusan itu bagi memberi laluan rombakan organisasi PH Muar yang lebih berkesan.

Beliau pernah dicalonkan bertanding di DUN Sungai Balang pada Pilihan Raya Umum ke 14 namun tewas dengan parti Barisan Nasional (BN).

Na'im sekali lagi menjadi calon pilihan raya tetapi kali ini di DUN N9 Gambir, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022.

Naim berpendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ismail Satu, Muar, diikuti ke Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru, dan menghuni asrama selama lima tahun. 

Kemudian melanjutkan pelajaran Sarjan Muda Pengurusan Teknologi Maklumat di Universiti Islam Antarabangsa.

Kini Naim seorang ahli perniagaan. Beliau pernah berkhidmat bersama Yang Berhormat Rodziah Ismail sebagai pegawai penasihat dasar untuk EXCO Kebajikan, Wanita & Inovasi Negeri Selangor.

Beliau juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama sepenggal.

Naim aktif melibatkan diri dalam Misi Kemanusiaan Syria 2012, gerakan mahasiswa sebagai Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, badan bukan berkanun iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Malaysian for Free and Fair Election (MAFREL).

Bukan itu sahaja, Naim juga aktif dalam berpolitik yang kemudiannya pernah dilantik sebagai EXCO Angkatan Muda Keadilan Pusat dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muar.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Perniagaan
  • Bekas pegawai penasihat dasar untuk EXCO Kebajikan, Wanita & Inovasi Negeri Selangor

Jawatan disandang dalam politik;

  • Ketua Cabang PKR Muar
  • Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor
  • Bekas Naib Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Muar
  • EXCO Angkatan Muda Keadilan Pusat  
  • Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muar

Terlibat dalam NGO;

  • Misi Kemanusiaan Syria 2012
  • Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia
  •  Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Malaysian for Free and Fair Election (MAFREL)
Pendidikan:
  • Sarjan Muda Pengurusan Teknologi Maklumat di Universiti Islam Antarabangsa
  • Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru
  • Sekolah Kebangsaan Ismail Satu, Muar
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Keadilan Rakyat
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P146 Muar N16 Sungai Balang
  • PRN DUN Johor- P144 Ledang N9 Gambir